Ayat Perintah
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan. Kaji contoh berikut:
| Jenis perintah | Kata perintah | Contoh penggunaan |
| Larangan | Jangan, usah | Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan dakyah komunis. Usah pergi ke sungai yang dalam airnya. |
| Silaan | Sila, jemput | Sila menjamu selera. Jemput ke rumah saya malam esok, ada kenduri kawin |
| Permintaan | Tolong, minta | Tolong jangan cemarkan nama baik diri sendiri. Minta bersihkan meja awak. |
