nuffnang

Monday 17 October 2011

PENJENISAN AYAT

Penjenisan Ayat

  • Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.
  • Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.
  • Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.
  • Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.
  • Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan.
  • Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.

Ayat Tunggal
  • Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.
  • Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
  • Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).


Ibu negara kita Kuala Lumpur
Gunung KInabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara
Di dalam almari tali leher ayah
Nama encik siapa?
Berapakah keuntungan kita hari ini?

  • Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
  • Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
  • Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.