Kata Nafi
Kata nafi bertugas menafikan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam predikat.
Ada dua kata nafi iaitu bukan dan tidak.
| Kata Nafi | Contoh |
| bukan | Universiti swasta itu hanya menawarkan kursus-kursus sains, bukan seperti universiti awam yang menawarkan berbilang kursus. |
| Perdana Menteri berjumpa Bush, bukan Powell | |
| tidak | Meritokrasi tidak membebankan mana-mana pihak |
| Tulisan oleh penulis sensasi itu tidak benar langsung. |
