nuffnang

Monday 17 October 2011

RAGAM AYAT

Ragam Ayat
Dalam penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua jens, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.
Kata kerja tak transitif ini pula ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif.
Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikt yang mengandungi objek.
Dengan menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif.
Di samping itu, ayat aktf yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang pertama ( seperi saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak, kamu, engkau, anda) , kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada dasar kata kerja.

Ayat Aktif Ayat Pasif
Subjek Predikat Subjek Predikat
Frasa Nama Kata kerja Frasa Nama (Objek) Frasa Nama Kata Kerja Frasa Nama (Objek)
Cikgu memotong rumput Rumput dipotong oleh cikgu
Kereta itu melanggar tembok Tembok itu terlanggar oleh kereta itu
Kucing itu meratah ayam goreng itu Ayam goreng itu kena ratah oleh kucing itu
Ayat aktif mementingkan frasa nama yang menjadi subjek, iaitu cikgu, kereta itu dan kucing itu.
Ayat yang sama apabila dipasifkan, mementingkan objek ayat aktif , yakni rumput, tembok itu dan ayam goreng itu, dan oleh sebab itu, objek tadi dijadikan subjek ayat pasif. (lihat jadual di atas)
Dalam hal ini berlaku perubahan peranan kepada frasa nama.

Ayat songsang

Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan predikatnya untuk menjadi ayat songsang. LIhat jadual di bawah:
Ayat Aktif Ayat Pasif
Subjek Predikat Subjek Predikat
Saya mengarang puisi malam ini Puiis ini saya karang semalam
Awak mengukus kek itu untuk cikgu Kek itu awak masak untuk cikgu
Kami menanam pokok-pokok bunga itu Pokok-pokok bunga itu kami tanam
Ayat boleh disongsangkan seperti berikut:

  • Saya karang puisi ini semalam
  • Awak masak kek itu untuk cikgu
  • Kami tanam pokok-pokok bunga itu.
Ayat-ayat berkenaan di atas bukan ayat tranditif aktif.
Kata ganti nama diri saya, awak, dan kami bukan subjek ayat berkenaan.
Subjek ayat berkenaan ialah puisi, kek dan pokok-pokok bunga.
Ayat-ayat ini ialah ayat pasif songsang.
Predikat ayat-ayat berkenaan dicetak miring.