nuffnang

Monday 17 October 2011

KATA SENDI NAMA

Kata Sendi Nama
Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
Kata tugas lain tidak membentuk frasa
Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi Nama Tugas/contoh
di Menunjukkan tempat (di pejabat) Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci)
ke Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia) Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam)
dari Menunjukkan tempat atu arah datang Menunjukkan waktu atau masa
kepada Menunjukkan sasaran/ditujukan Menunjukkan bahagian sesuatu
Menunjukkan perubahan keadaan
daripada Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri) Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga)
Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada)
pada Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen) Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya)
Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam)
untuk Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu) Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja)
bagi Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid) Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang.
demi menunjukkan tujuan menunjukkan urutan
Untuk menegaskan sesuatu
tentang Menunjukkan rujukan
dengan Menunjukkan turut serta Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan
Menunjukkan benda yang digunakan
Menunjukkan persamaan
sejak, semenjak Menjadi penanda waktu atau masa
terhadap Menunjukkan rujukan yang tentu
oleh Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif Menunjukkan sebab
akan Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif
hingga, sampai Menunjukkan had masa atau peringkat
seperti, bagai, umpama, laksana, bak Menunjukkan perbandingan