nuffnang

Monday 17 October 2011

KATA PENGUAT

Kata penguat
Kata penguat bertugas menguatkan maksud kata adjektif.
Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Berdasarkan pada kedudukan ini, kata penguat terbahagi kepada tiga jenid iaitu kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan kata penguat bebas.
Kaji contoh-contoh di bawah dengan teliti:
Jenis kata penguat kata penguat contoh penggunaan
Hadapan paling, terlalu, agak Awak yang paling pintar dalam kelas ini. Teknik yang awak gunakan untuk menyelesaikan rumus Matematik itu terlalu rumit.
Belakang sekali, benar, nian Permata yang termahal sekali diletakkan di ruangan khas itu. Tanpa kebenaran ketua, awak telah bercuti lama benar.
Bebas amat, sangat, sungguh Hujan lebat amat Hujan amat lebat
Badang kuat sangat
Badang sangat kuat
Ibu letih sangat semalam.
Semalam ibu letih sangat.