nuffnang

Monday 17 October 2011

FRASA KERJA

Frasa Kerja (FK)
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja
Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif
(i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap Frasa kerja tak transitif berpelengap
(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan) Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.

contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek Predikat Nota
Frasa Nama Frasa kerja
Kata bantu Kata kerja Keterangan
Lelaki itu sedang makan di atas meja. maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.
Cikgu masih menulis di papan hitam.
bayi itu sedang merangkak dengan laju.
Jamal akan datang esok
Khatib sedang berkhutbah di surau

contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap

Subjek Predikat
Nota
Frasa nama
Frasa kerja
Kata bantu Kata kerja pelengkap Penerang keterangan
Mereka akan pulang ke rumah secepat mungkin dalam minggu ini pelengkap frasa sendi nama
Ahmad ingin menjadi penyanyi yang terkenal di negara ini pelengkap kata nama
Saya   tinggal di Klang     Pelengkap frasa sendi nama